Pembelian McDonald Ray_Kroc

Selepas Perang Dunia II, Kroc menemukan pekerjaan sebagai pengedar kocok susu untuk syarikat Prince Castle Multi-Mixer.[7] Ketika penjualan peralatan keluaran syarikat Prince Castle Multi-Mixer menjunam karena persaingan harga yang lebih rendah produk keluaran Hamilton Beach, Kroc mengalih perhatiannya kepada adik-beradik McDonald yang telah membeli lapan buah Multi-Mixer daripadanya. Segera selepas mengunjungi kedai San Bernardino, di California pada tahun 1955, Kroc menjadi yakin bahawa cara mendirikan rantaian kedai-kedai kecil berpotensi untuk melonjak naik di seluruh negara. Dia menawarkan khidmatnya kepada adik-beradik McDonald.

Kroc membuka restoran pertama McDonald, Inc. di Des Plaines, Illinois. Sehingga ke akhir hayatnya, Kroc tetap aktif di Des Plaines, sering membuat panggilan telefon kepada pengurus setor di seberang jalan untuk meningatkan dia agar sentiasa menjaga kebersihan restoran. Lokasi setor di Des Plaines maju, mendatangkan ratusan dollar pada hari peresmian pembukaan sahaja. Kroc memfrancaiskan banyak restoran kepada ramai peniaga francais. Kedua-dua adik-beradik McDonald puas hati dengan wang perolehan dan mereka merasa tiada keperluan untuk mengembangkan empayar perniagaannya.[petikan diperlukan]

Kroc diberi penghargaan atas usahanya yang inovatif dalam perubahan pada model perkhidmatan-pemakanan. Antara lain adalah memfrancaiskan kedai kecil-tunggal dan bukan kedai besar seperti yang menjadi kebiasaan dalam industri pada zaman itu. Kroc akui bahawa menjual izin-lisen untuk kedai pasarraya besar adalah jalan pintas bagi pemberi francais untuk menjana kewangan, tetapi dia juga melihat bahawa amalan sedemikian membuat pemberi francais kehilangan daya untuk membuat pengawalan keatas sasaran dan aliran perkembangan sesebuah rantaian perniagaan. Diatas semuanya Kroc mahu supaya sentiasa wujud kesamarataan pada qualiti dan perkhidmatan di kalangan semua lokasi kedai McDonald. Tanpa wujudnya kebolehan untuk mempengaruhi para pemegang francais, Kroc tahu bahawa sukar untuk mencapai sasaran itu. Dengan cara memberi francais tunggal pada hanya satu kedai dalam satu lokasi , Kroc kekal memegang sedikit pengawasan keatas francais itu, atau sekurang-kurangnya keatas mereka yang suatu ketika nanti ingin memiliki kuasa atas satu lagi kedai..[8]

Kroc menjadi kecewa dengan keinginan adik-beradik McDonald untuk mengekalkan bilangan kecil restoran. Adik-beradik McDonald juga selalu memberitahu Kroc bahawa dia tidak boleh membuat perubahan untuk hal-hal seperti pelan asal (kod bangunan di Illinois berbeza daripada yang ada di California), tetapi walaupun Kroc merayu, mereka tidak pernah mengirim surat rasmi permohonan yang sah dapat memberi kebenaran untuk perubahan dalam rantaian restoran. Pada tahun 1961, ia membeli syarikat dengan harga $2.7 juta - cukup untuk membayar setiap orang $1 juta setelah dibayar cukai, ditambah royalti tahunan 1,9%: Semasa negosiasi kontrak pembelian, adik-beradik McDonald bersaudara berkata bahwa 2% kedengaran seperti tamak; bagi mereka 1.9% lebih menarik.[9]